Laman Download ini disediakan untuk memudahkan para pelayar mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi membantu pelaksanaan proses P&P dengan lebih berkesan. Semoga ia bermanfaat untuk semua. Sebahagian daripada bahan yang ada di sini dirangkai (LINK) terus ke sumber asal dan dari website persendirian (http://e-jazirah2u.bravehost.com) JAZAKUMULLAH kepada AKHI MIZI kerana memberi kebenaran ( LINK ).

Lagi Muat turun Bahan P&P sila layari http://e-jazirah2u.bravehost.com

Sabtu, 6 Jun 2009

RESEPI - Puding Kastad


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. 1 cawan tepung jagung

2. ¼ cawan tepung kastad

3. 1 tin susu cair

4. 1 biji putih telur

5. Pencelup merah/hijau( 1 sudu kecil)

6. Gula secukup rasa

7. 5 cawan air untuk isinya

8. 5 cawan air untuh kuahnya

CARA-CARA MEMBUAT isinya

1. Sukat 1 cawan tepung jagung dan masukkan ke dalam mangkuk

2. Masukkan 5 cawan air ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati

3. Masukkan gula secukup rasa

4. Masukkan 1 sudu kecil pencelup merah/hijau

5. Masukkan ¼ tin susu cair

6. Tuang ke dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana

7. Pukul putih telur hingga kembang

8. Bila adunan telah mendidih cepat-cepat masukkan putih telur yang telah di pukul

9. Jangan berhenti kacau sehingga adunan menjadi pekat.

10. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang.

CARA MEMBUAT KUAHnya

1. Sukat 1/4 cawan tepung kastad dan masukkan ke dalam manguku

2. Masukkan 5 cawan air ke dalam mangkuk

3. Masukkan ¾ tin susu cair

4. Masukkan gula secukup rasa

5. Kacau hingga sebati

6. Tuang adunan ke dalam periuk

7. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih

8. Setelah mendidh tutup api dan tuangkan ke dalam Loyang

Bila isinya telah sejuk keluarkan dari Loyang

Tuangkan kuahnya di atas isi.Ia sudah sedia untuk dimakan.Boleh juga menghias puding mengikut citarasa sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

blogger templates | Make Money Online