Laman Download ini disediakan untuk memudahkan para pelayar mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi membantu pelaksanaan proses P&P dengan lebih berkesan. Semoga ia bermanfaat untuk semua. Sebahagian daripada bahan yang ada di sini dirangkai (LINK) terus ke sumber asal dan dari website persendirian (http://e-jazirah2u.bravehost.com) JAZAKUMULLAH kepada AKHI MIZI kerana memberi kebenaran ( LINK ).

Lagi Muat turun Bahan P&P sila layari http://e-jazirah2u.bravehost.com

Sabtu, 6 Jun 2009

RESEPI PILIHAN - Udang galah masak cabai


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1 kg udang galah (digunting janggung dan ekor)yang telah dibersihkan

Kunyit dan garam(untuk digaul bersama udang)

2 senduk minyak(untuk menggoreng udang)

½ senduk minyak untuk menumis cili

5 ranting daun kari

4 batang serai (dititik)

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

100gm cili kering(direbus untuk diblend)

2 sudu cili sos(jika suka)

Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA

1. Toskan udang galah yang telah dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit.

2. Bawang besar dan bawang putih ditumbuk halus.

3. Titik serai.

4. Cili kering diblend hingga halus.

5. Panaskan kuali dan letak 2 senduk minyak untuk goreng udang.(Jangan sampai garing)

6. Angkat udang.

7. Panaskan kuali lain dan masukkan ½ senduk minyak

8. Masukkan bawang putih n bawang merah yg telah ditumbuk dan kacau-kacau.

9. Masukkan daun kari dan serai .

10. Masukkan cili yang diblend tadi dan kacau rata.

11. Bila sudah pecah minyak,masukkan garam dan sedikit cili sos(kalau suka)

12. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau hingga rata. Tutup api.

13. Udang masak cabai telah sedia untuk dihidang dan makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

blogger templates | Make Money Online