Laman Download ini disediakan untuk memudahkan para pelayar mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi membantu pelaksanaan proses P&P dengan lebih berkesan. Semoga ia bermanfaat untuk semua. Sebahagian daripada bahan yang ada di sini dirangkai (LINK) terus ke sumber asal dan dari website persendirian (http://e-jazirah2u.bravehost.com) JAZAKUMULLAH kepada AKHI MIZI kerana memberi kebenaran ( LINK ).

Lagi Muat turun Bahan P&P sila layari http://e-jazirah2u.bravehost.com

Sabtu, 13 Jun 2009

SIAKAP MASAK HALIA


Bahan-Bahan yang diperlukan

2 ekor siakap (sederhana)

4 cm halia

2 ulas bawang besar

4 ulas bawang putih ( dihiris halus)

4 ulas bawang merah (dihiris halus)

4 helai daun limau purut (dihiris halus)

2 sudu besar sos tiram

2 susu besar kicap pekat

Cili padi atau cabai hidup(ikut suka)

1 cawan air


Cara memasaknya

1 Tumis bahan hirisan hingga kekuningan

2 Masukkan secawan air

3 Bila mendidih,masukkan sos tiram dan kicap

4 Masak hingga pekat.Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris,cili padi dan daun limau purut.

5 Tuang ke atas ikan siakap yang sudah digoreng

6 Hudangkan dan ia sudah sedia dimakan

IKAN BAKAR SUCI


Bahan-bahan

6 batang serai

2 ulas bawang besar

3 ulas bawang putih

8 cm halia

100 gram cili kering direbus dan diblend

garam dan gula (secukup rasa)

( serai,bawang besar.bawang putih dan halia diblend)



Cara memasak

1 Masukkan bahan yang diblend bersama cili yang diblend tadi dalam periuk

2 Masak hingga pekat

3 Sejukkan kemudian disapu di atas ikan.Bakar hingga masak

(Sambal ini boleh juga digunakan untuk membakar sotong,ayam atau daging)

4 Hidangkan. Ia sudah sedia dimakan

(Boleh dibakar setelah dibungkus dalam daun pisang atau aluminium foil samada di dalam oven atau atas dapur arang atau dapur kayu)

Sabtu, 6 Jun 2009

RESEPI - Puding Kastad


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. 1 cawan tepung jagung

2. ¼ cawan tepung kastad

3. 1 tin susu cair

4. 1 biji putih telur

5. Pencelup merah/hijau( 1 sudu kecil)

6. Gula secukup rasa

7. 5 cawan air untuk isinya

8. 5 cawan air untuh kuahnya

CARA-CARA MEMBUAT isinya

1. Sukat 1 cawan tepung jagung dan masukkan ke dalam mangkuk

2. Masukkan 5 cawan air ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati

3. Masukkan gula secukup rasa

4. Masukkan 1 sudu kecil pencelup merah/hijau

5. Masukkan ¼ tin susu cair

6. Tuang ke dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana

7. Pukul putih telur hingga kembang

8. Bila adunan telah mendidih cepat-cepat masukkan putih telur yang telah di pukul

9. Jangan berhenti kacau sehingga adunan menjadi pekat.

10. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang.

CARA MEMBUAT KUAHnya

1. Sukat 1/4 cawan tepung kastad dan masukkan ke dalam manguku

2. Masukkan 5 cawan air ke dalam mangkuk

3. Masukkan ¾ tin susu cair

4. Masukkan gula secukup rasa

5. Kacau hingga sebati

6. Tuang adunan ke dalam periuk

7. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih

8. Setelah mendidh tutup api dan tuangkan ke dalam Loyang

Bila isinya telah sejuk keluarkan dari Loyang

Tuangkan kuahnya di atas isi.Ia sudah sedia untuk dimakan.Boleh juga menghias puding mengikut citarasa sendiri.

RESEPI PILIHAN 2 - Kari Ayam Special


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1 1 ekor ayam dipotong 12 (untuk lebih sedap,guna ayam yang baru disembelih)

2 2 peket rempah kari daging/ayam(yang kecil)

3 3 biji tomato(dibelah 4)

4 1 labu bawang besar

5 5 ulas bawang putih

6 3 cm halia

7 Sedikit bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga

8 4 biiji cili hijau dibelah dua

9 2 helai daun pandan

10 7 ranting daun kari(jangan buang rantingnye)

11 Garam secukup rasa

12 1 senduk kecil minyak masak

13 1 cawan air

14 5 biji ubi kentang dibelah 4 atau 6

CARA MEMASAKNYA

1. Basuh ayam hingga bersih dan toskan.

2. Tumbuk bawang besar,bawang putih dan halia sedikit

3. Panaskan periuk dan masukkan 1 senduk minyak

4. Campurkan rempah daging dengan 1 cawan air

5. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.

6. Masukkan buah pelaga,bunga lawang dan kulit kayu manis

7. Masukkan daun kari dan daun pandan

8. Masukkan tomato yang dibelah 4 tadi

9. Masukkan rempah yang telah dicampur dengan air tadi

10. Kacau dan biarkan mendidih kemudian masukkan ayam

11. Masukkan cili hijau

12. Masukkan ubi kentang

13. Tutup periuk dan biarkan ayam dan ubi empuk

14. Masukkan garam secukup rasa

15. Sesekali kacau gulai untuk mengelak rempah kering dan melekat di periuk

16. Bila ayam dan ubi sudah empuk,tutuplah api.

17. Gulai ayam sudah siap untuk dihidangkan

RESEPI PILIHAN - Udang galah masak cabai


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1 kg udang galah (digunting janggung dan ekor)yang telah dibersihkan

Kunyit dan garam(untuk digaul bersama udang)

2 senduk minyak(untuk menggoreng udang)

½ senduk minyak untuk menumis cili

5 ranting daun kari

4 batang serai (dititik)

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

100gm cili kering(direbus untuk diblend)

2 sudu cili sos(jika suka)

Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA

1. Toskan udang galah yang telah dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit.

2. Bawang besar dan bawang putih ditumbuk halus.

3. Titik serai.

4. Cili kering diblend hingga halus.

5. Panaskan kuali dan letak 2 senduk minyak untuk goreng udang.(Jangan sampai garing)

6. Angkat udang.

7. Panaskan kuali lain dan masukkan ½ senduk minyak

8. Masukkan bawang putih n bawang merah yg telah ditumbuk dan kacau-kacau.

9. Masukkan daun kari dan serai .

10. Masukkan cili yang diblend tadi dan kacau rata.

11. Bila sudah pecah minyak,masukkan garam dan sedikit cili sos(kalau suka)

12. Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau hingga rata. Tutup api.

13. Udang masak cabai telah sedia untuk dihidang dan makan

 

blogger templates | Make Money Online